Thursday, May 27, 2010

TaRbiaH!!!


betul! betul! betul!
"tarbiah yang sebenar bermula selepas membaca tasbih kifarah dan surah al-asr"
dugaan btoi beb...dok kat rumah..
TV? = tak der ar berminat sangat selain national geography ...
masalah = sebab antara pukul 7.30 pm sampai pukul 8.00 pm..time
magrib..mujahadah?
subuh? = tido atas tilam yang sekian lama telah ditinggalkan...dugaan!!!
internet? = mengadap laptop..kerja cam ner... masalah besar!
apa lagi?? tak boleh nak fikir...buat masa sekarang..

bermujahadah adalah perkara yang paling utama dalam menyelesaikan segala permasalahan...
setan kat tepi selalu ketawa dek kerana perkara sia-sia dilakukan...

Hadis 12
عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعـنيه

Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di antara tanda kebaikan keislaman seseorang adalah dia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya."
-hadis hassan-

Jadi aper nak buat lepas tau....
ambil tindakan atas diri sendiri!!!!!!
" Janganlah kamu ingati langkah syaitan..sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata bagi kamu"...

Syaitan = kanan + kiri + depan + belakang + atas + bawah + .....(infinity)
kalahkan mereka!!!

mahupun jihad yang paling tinggi adalah jihad yang paling tinggi adalah jihad di jalan Allah...
namun jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu....

perbaharui niat..kuatkan tekad...ambil langkah...mohon kekuatan
InsyaAllah dipermudahkanNya...............

-wallahualam-

Saturday, May 22, 2010

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

" Wahai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.

" Eh? ade ke ayat ni dalam al-quran ? Aku bertanya sendirian.. emm?? mula berfikir, berfikir dan berfikir...
Sambung seorang akak ni... ade ke Allah kata, " Kamu buat baik sikit, kamu buat jahat sikit...pastu nanti kat akhirat kamu duk ar kat tengah antara syurga dan neraka.." Boleh ke macam tu..
Betul jugak ea.. selama ni aku tak tau pun ayat ni ade dalam al-quran. Tulah baca jer al-quran tu..maksudnya tak faham2... patutlah orang islam ni.. tak faham2.. aku berceloteh memarahi diriku sendiri...
Akan ku tinggalkan kepadamu dua perkara..kamu tidak akan sesat selama-lamanya.. berpeganglah kepada al-quran dan hadis..
"Patutla Rasulullah cakap macam tu ek" getus hati kecilku lagi...Selama nih aku hanya tahu fungsi al-quran tapi x mengamal dengan isinya... aku tahu apa perkara yang disuruh dan dilarang olehNya tapi x pernah pun merasai nikmat itu semua...
Ya Allah.. sesungguhnya benarlah islam itu indah bagi yang memahaminya... dan sesungguhnya itulah agama yang engkau redha..

terima kasih kerana memberiku peluang untuk mengenali agamaku yang sebenarnya...Namun masih banyak jahiliah dalam diriku yang amat susah untuk ditinggalkan...
kekuatan seorang muslim itu terletak kepada iman dan taqwanya... dugaan perlu
ditepis dengan kesabaran...telah Dia bagitau kita pasal sabar...
" Melainkan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta salinh menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"..
susah kot nak tempis semua dugaan ni... tapi disitulah terletaknya kekuatan...
wallahualam..